Monday, March 7, 2011

bErDiAlOg LaGi

muka tetiba jadi ceria bila tengok "sweety mom,calling"

saya: mak,ni kali ke-5 kak ngah mintak permision..he3.. boleh x???

mak: apa yang boleh nya ceq??

saya: boleh la mak.... :) [sambil tersengih]

mak: kak ngah ni, boleh apa?? nak kawin ka?

saya: ish mak ni. awat teringin dah ka nak menantu.. hahaha[ gelak besaq]

mak: habis tu permition apa?

saya: senyum sorang2.pastu gelak lagi..he3...mak tanya ayah taw. dia bagi ke x?? naaa2??

mak: hai!! budak ni... xpa la..balik la..haa..rindu ekkk??? bukan sebab tutttt kan yang nak balik sangat tu..

saya:  yeay!!!! mak pandai...betoi la tu mak..kah3.. mesti mak penat layan kak ngah..huhu..tq mak.. ;) [senyum sampai telinga]


   habis sudah.....sengal punya entry...

Friday, March 4, 2011

Zaman Kanak2 REBINA

aaaa.... ttba rindu zaman sekolah..pa pasai aku malam ni??? bukan ka aku dulu orang yang paling x sabaq nk kluaq dari sekolah..hoho!! nk masuk u cepat2 la, keja sekolah x larat buat la, letih la tiap2 hari kena nek bas  p  n balik .. 13 kilometer kot dari umh..huhu.. matahari x kluaq lagi,aku dah tepacak kt tepi jalan.. :).. rindu plk.. tiap2 pagi msti sarapan karipap ngn donat + ayaq masak bersama ayah tercinta kt tepi kubur tu.SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA.. mizz u!! huhu..

actually aku rindu kawan2 aku sangat2.lama dah tak jumpa. rindu sangat2,bila bleh aku jumpa hampa semua????..masing2 dah dok jauh2. cuti pon dah x sama. tunggu salah sorang kawen kot baru nak jumpa hampa kn?? eh!! sape nk ambik turn dlu??..kah3.. :)

yan,fizah,ain,lida,huda,jannah,atin,farhanis,dilah,tasya,nadia,aiman,abu,saddam,
yat,siti,aton,saibah n laen2.. huhu.. ni la kawan2 aku yang paling best skali kt skolah. happy slalu walaupon dalam kepala otak mcm2 masalah.

kat cikgu rindu gk. cikgu rahimah yg menggalakkan student nya bercinta masa skolah..huhuhu.. ustazah ismawani, ustazah paling cun yg suka bletiaq kt 12 orang bbdak pompuan dlm klas 5 opal. thanks ustazah,kami dah jadi orang skarang.. :).. teacher nawal,''saya masuk klas ni mcm masuk kindergaten'' x tahan aku dengaq..hahahha...

bebudak klas 5OPAL suka makan.sebab tu la semua tembam2 belaka... :)....hari khamis tiap2 minggu kami akan bawak makanan dari umah.makan sekali dalam klas ramai2.dah macam adik beradik. pizah '' aku bawak nasik goreng'', abu''aku bawak jus buah naga''.. garam belacan pon kami bawak pi sekolah sampai ajak cikgu join sekali makan..nyum3!! sedap nya..aku selalu kenyang.cm mna la aku x sayang ampa semua ni!!!!. teringin nak masuk zaman sekolah balik.

rindu nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!

suka duka kami lalui bersama,yang x berkemampun kami tolong setakat yang mampu.aku x pernah jumpa kawan2 yang sangat prihatin macam bbdak klas aku. SAYANG AMPA SEMUA..

apa yang kita lalui dulu,ttp dalam ingatan.pahit manis perjuangan ttp kita rasa bersama. aku sangat bbangga cz sume bdak 5 opal xdak yg mnganggur. sume further study kat u. selamat berjaya untuk semua.aku selalu mendoakan kejayaan kita bersama. love u all so much.

warga 5 opal tercinta


gadis2 5 opal

study sama2...



rindu nya kt budak 2 orng ni!!!!!

atin & huda: kalau ajak gelak cukup mau.

ni contoh kemesraan bbdak kelas aku :)
(video khas untuk kwn2 ku,tgk kt link ni.)


FRIENDS FOREVER!!!!!!!!


Thursday, March 3, 2011

La TaHzAn..InNaLLaH HaMaA'Na

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.

Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 

Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - Ibrahim 14:34

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?
Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?

Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - Al-Ankabut 29:33

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.
Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.
Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.
Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.
Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.

Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!
Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?

Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.
Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.

Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.

Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.


dipetik dari: iluvislam
 

SukasSukies Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template