Sunday, February 27, 2011

ChEnTa HaTi KU

kak ngah sayang mak ngn ayah sangat-sangat.
kak ngah rindu mak ngn ayah.
ayah ngan mak la cinta hati kak ngah.


air mata akan mengalir bila tengok wajah mak dan ayah. rindu bagaikan betahun tak jumpa. 

~~terasa nak balik umah sekarang jugak~~

mak ayah, dengarlah: 

KAK NGAH SAYANG MAK NGN AYAH!!!!

KaSiH sEoRaNg IbU

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.
Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya
ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..


“Saya Sayang Ibu”

hApPy BiRtHdAy CIK NADIA!!

assalamualaikum~~


25 feb 2011. hari paling best.hang out ngn 

kkwan terchenta kt seremban. macam-macam 

kitorang buat n macam-macam yg kitorang 

nampak.huhuh.. yang paling best celebrate 

birthday nadia.walaupun x sampai lagi tarikh 

yg sepatutunya,tapi kami celebrate awal sket 

coz pasni dah x de masa nk kuar bfoya-foya. 

dimulakan dgn membodek nadia belanja 

makan.hahah...kesian nadia dah la kekawan dia 

 ni makan banyak. sedap nya pizza ngn spegheti 



 
nadia belanja..kih3.. erkkk!! kenyang... :).. 

tersenyum kak dila bila dapat makan. suprise 

untuk nadia!! jeng3!!!! teddy bear pink.. 

cumilllllllllllllllllll......... NADIRA 

SYAFIFA...... ni gabungan nama kitorang.. 

najihah,adilah,amira,syazwani,afidah,faezah..huhu..cute! 

 pandai kak dila reka nama ni. dalam 

kegembiraan tersebut,tiba-tiba terdengar 

khabaran yg mngejut kan. ada orang bunuh 

diri.terjun dari bangunan tingkat 4. 

masyaallah!!! x pernah aku tengok depan mata 

orang buat macam tu. ok!! dah nak balik. 

mira,jiha,faez seb bek tak kena tinggal 

bas.huhu!! berapi kak dila tunggu 

korang,,he3.. sepanjang pejalanan balik,suara 

kitorang ja dengar dalam bas tu.dah la ka

depan sekali.anak dara semua plak tu. 

aaahhhhh!!!!!! peduli apa! suara kami,kami 
punya pasal la.hahahahha[selfish gle!].. 


macam-macam kerenah. sakit perut aku gelak. 

terlupa sebentar masalah ku...huhuhu.. :)... 

apa-apa pn seronok sangat2!! thanks to all my 

best frenz. luv u all so much2 more!!! mmuuahhhh!!!

HAPPY BIRTHDAY NADIA

 

Friday, February 25, 2011

MAKAN TIME!!!


huhu..dah banyak hari x mengomel kat sini.
assalamualaikum..:)

busy ngn test and program sampai x sempat nak melayan perasaan sendiri..huhuhu..sejak bila aku pandai melayan perasaan ni????..huh!! saya actually lapar burger. tapi saya x dapat burger malam ni sebab pegi makan kat tempat laen.sape nk belikan burger untuk saya??? huhu!! saya x dapat burger,tapi saya dapat tomyam.nyum3!!! naseb bek sedap. kuar makan ngn my lovely housemate. happy!!! huhu..gelak2 sambil tengok tv cite saka jentayu. dah lama x tengok tv, kepunan!. thanks tiqa sayang. 

*tiqa yg bnyak mngomel
*syikin with her boyfren
*bella yg tension ngn jus nenas nya
*aku yg hanya tersengih melihat telatah kanak2 rebina ni.
hilang sket bengong2 aku ni klu dah bleh senyum sampai telinga. :)


sedapnya..teliur sudah...


Sunday, February 20, 2011

RoBoT kAh AKU??????

minggu yang sangat "HAPPY''.19-25/2/2011

1. morning walk, 7.00 am

2. meeting, 3.30-6.15 pm

3. report & study

4. tomorrow: 6.30 am,perasmian & aerobik

5. FTBC, 12.00pm- 11.00 pm

6. masa mna nak study fts209?? monday: quiz

7. tuesday : test QMT.1 habuk pon x study lagi.

8. wednesday: test CHM207, 8.00pm.
dah nk hilang nyawa.

9. dalam masa yang sama kna attend program.pekejadah nya????

10. MANA MASA REHAT SAYA??????



 

Saturday, February 19, 2011

BeRaNgAn SeBeNtAr

tengok ni!!! cumel nya.. :)
      HAHAHA!!! dalam keadaan tension pon sempat lagi aku berangan itu dan ini..huhu...tiba-tiba ja terfikir pasai kereta. ngee~~ walaupun x berapa pandai lagi drive aku dah berangan lebih..huhu.. best nya kalau dapat apa yang kita impikan. MYVI n SWIFT. kenapa aku suka kereta ni??? ntah.. cumel kot.. sukanya tengok kereta ni melucur kat jalan. sapa rasa nak beli sebijik bagi kat saya????? hahahah....poyo...beli sendiri la cik adik ooiii!!!!!!
jeng3!!!! 


    ....berangan jaa lebih....

penat+LETIH+tension+MARAH

dah lama x merapu kat sini...huhu busy nk mampus..xtawu nk conteng apa.just nk mlepaskan perasaan yang tengah serabut bak kilang perabut buruk. quiz, test, handle program, ikot program, meeting.ni la yang akan aku hadapi minggu ni. xbuat lagi pon dah rasa penat. nasib2!!!!!.. owh!!! tuhan..... berikanlah aku kekuatan. sepanjang minggu ni aku asyik tido lambat.pastu pegi kelas bengong-bengong. meja klas jugak la jadi bantal aku.lecturer bebel2 kt depan,aku yg kat meja ni dah sampai paris... ;) hadoi!! tapi apakan daya,aku ni just student and orang bawahan yang terpaksa ikot semua kehendak orang atasan. walaupun aku dalam keadaan serabut selalu,tetapi ada orang yang x jemu memberi semangat. MAK AYAH..tq..kak ngah sayang mak ngn ayah. bila penat + tension, mesti hati aku akan pulang ke rumah. "mak ayah,kak ngah nak balik". ni la ayat yang aku selalu ckp pada ayah ngn mak..huhu..kerinduan jelas terpancar. mak ayah la yang jadi ubat ku. kepada sesiapa yang selalu dengar rintihan aku,thanks alot. i need all of you.  


SAYANG SEMUA!!!!
 

SukasSukies Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template